Archive for 'Isu Semasa'

Kemenangan Dalam Duka Lara

May 10, 2010 by Ramdzi, under Bola, Isu Semasa.

Kempen Barclays Premier League musim 2009/2010 dah sampai ke penghujung. Juara untuk musim 2009/2010 pun ramai yang dah tau. Kelab mana lagi kalau bukan kelab Chelsea. Chelsea ditabalkan sebagai juara selepas membelasah Wigan Athletic 8-0. Dah terang lagi bersuluh tahap permainan Wigan Athletic ni ala-ala budak sekolah! hahaha..

Naib juara Barclays Premier League pulak milik Manchester United yang kurang 1 mata dari Chelsea. Walaupun menang besar 4-0 dengan Stoke City, tapi masih tak mampu nak pintas Chelsea! Itulah kemenangan kali kedua yang tak bermakna langsung untuk Man United. 1st, masa menang dengan Bayern Munich tapi tak layak ke semi final Champions League. huhu..

(more…)

27 Comments

Budaya SMS Masyarakat Malaysia

April 14, 2010 by Ramdzi, under Isu Semasa, Personal.

Assalamualaikum wbt.

Rakyat Malaysia semakin maju selari dengan arus kemodenan. hehe.. Boleh dikatakan, ramai rakyat Malaysia yang ada handphone. Kadang-kadang tu, sorang sampai 2-3 buah handphone. Bajet awek ramai kot. haha.. Budak-budak belum sunat sekolah rendah pun dah pakai handphone. Aku dulu time form 4 baru kenal handphone. Mungkin trend sekarang macam tu kot. hehe..

Bila baca kosmo semalam, aku boleh buat kesimpulan yang rakyat Malaysia ni sangat pemurah & rajin menaip. Bayangkan, lebih RM16 billion dibelanjakan untuk menghantar 80 billion sms & mms setahun. Menurut kosmo, angka tu meningkat 4 kali ganda berbanding tahun 2008. Aku rasa 80 billion sms tu termasuk le sms mengundi rancangan realiti tv tu. Aku sendiri tak faham kenapa le sesetengah rakyat Malaysia ni pemurah sangat sampai sanggup membazir duit untuk mengundi penyanyi mee segera yang dorang minat. *sigh! Duit dah banyak sampai tak tau nak buat apa-apa kot. huhuhu..

(more…)

32 Comments

Makanan Segera Rakyat Malaysia

March 4, 2010 by Ramdzi, under Isu Semasa, Personal.

Korang familiar dengan KFC, Pizza Hut & McDonalds? Kalau tak familiar tu, bukan manusia le namanya. haha.. Kat restoran makanan segera ni le korang boleh tengok ramai rakyat Malaysia duk lepak makan sambil borak² kosong. Semua jenis kaum ada. Melayu, Cina, India & macam² lagi. Foreigner pun ada weh! Ni le namanya restoran 1Malaysia. hehe..

Hari ni, kita semua boleh tengok lambakan restoran makanan segera di Malaysia. Boleh dikatakan restoran makanan segera ni wajib ada di setiap negeri. Kalau takde tu, maknanya negeri tu tak cukup sifat le. hahaha.. Ada ke negeri yang takde restoran makanan segera ni? Ermm.. Tengok kat kawasan Bangi ni dah le. Ada 2 KFC, 1 McDonalds & 1 Pizza Hut. Tu baru 1 kawasan. Belum 1 negeri lagi..

(more…)

40 Comments

Maulidur Rasul 1431H & Nuffnang 3rd Birthday!

February 26, 2010 by Ramdzi, under Isu Semasa, Nuffnang, Personal.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul – 12 Rabiulawal 1431 bersamaan 26 Februari 2010

Happy Birthday Nuffnang! Wish u all da best! Peace! ^_^

Related Posts with Thumbnails

6 Comments